
Assalamua’laikum semua, kali ini Nur ingin mempersembahkan satu cerita yang Nur perolehi dari sahabat baik Nur senderi. Nur sungguh merasa terharu apabila sahabat Nur ini menceritakannya kepada Nur. Diharapkan anda sekalian menghayatinya, dan fikir-fikirkanlah... Nama sahabat Nur ini Hanis. Bacalah sampai habis..
Satu petang Hanis datang kerumah Nur untuk mengadu apa yang dirasa dan apa yang dialaminya. “Nur, Hanis tak ada orang untuk mengadu, Hanis kesian dekat umi dan abi. Abi hari kerja dia kerja, hari minggu dia pergi menorah getah, semua itu dia buat demi keluarga dan anak-anaknya, abi rela berpenat lelah, rela disengat tebuan, dia sanggup menderita daripada melihat anak-ananknya sengsara, dia tidak sanggup melihat anak-anaknya tidak cukup makan, dia tidak sanggup melihat anak-anaknya tidak senang untuk belajar, dia berusaha sedaya mungkin untuk membahagiakan anak-anaknya, begitu juga dengan umi, dia sanggup berkerja sebagai ‘clearner’ disekolah anaknya sendiri untuk menambah pendapatan yang memang tidak cukup walaupun ditambah, dalam usia umi yang begitu, sepatutnya dia duduk dirumah manjaga makan pakai suami dan anak-anak, tetapi dia sanggup untuk melakukan semua itu tanpa bantahan, selepas penat berkerja, dia balik kerumah untuk menyediakan makanan untuk keluarganya pula,sungguh Hanis tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh umi dan abi, walaupun mereka tidak menyatakannya.....tetapi Hanis tahu mereka sungguh menderita....penderitaan mereka itu tidak diminta pembalasan pun, tetapi sebagai ibu dan ayah mereka hanya mahukan anak-anak merka BERJAYA dan bahagia serta mencapai apa yang diinginkan.” Hanis menahan sebak di dada. Nur tidak bercakap apa-apa, hanya mendengar dengan setia. Kemudian Hanis meneruskan cerita.
“Hanis ada menyimpan wang sebanyak RM 500 didalam bank abi, ianya adalah untuk menampung pembelanjaan Hanis di sem 2 ini sementara menunggu PTPTN, kerana jika wang itu masih berada di dalam akauan Hanis bimbang pula Hanis terguna wang itu, tetapi wang itu digunakan oleh abi untuk pembelanjaan adik-adik Hanis untuk mereka naik ketingkatan sekolah menengah, serta pembelanjaan Hanis juga, abi tak cakap yang abi menggunakanya tetapi Hanis tahu dan mengerti niat abi, Hanis rela walaupun Hanis disisni tidak cukup wang untuk makan, untuk bayar duit buku, Hanis rela. Pernah satu hari Hanis tidak makan seharian dari pagi sehinggalah ke petang, kerana Hanis tidak mempunyai sebarang wang waktu itu. Selepas kelas petang tu Hanis beritahu rakan-rakan yang Hanis mahu ke ATM untuk mengeluarkan wang, sedangkan Hanis sendiri tidak tahu samamda di dalam akaun Hanis masih mempunyai wang atau tidak. Ternyata, memnag tiada... didalam akaun Hanis hanya mempunyai RM 10, Hanis tidak boleh mengeluarkannya. Namun, tanpa Hanis sedari salah seorang kawan Hanis sudah lama berdiri dibelakang Hanis, dia tahu yang Hanis tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Dia menghulurkan sebungkus ‘Nasi Lemak Ayam Berempah’ kepada Hanis, dia betul-betul membuat hati Hanis sayu dan sebak, Hanis rasa nak menagis waktu itu juga, tapi Hanis tahan. Dia cakap dia belanja. Ya ALLAH....syukur Alhamdulillah didalam waktu Hanis susah, Hanis masih mempunyai rakan-rakan yang sanggup membantu...”
Kemudian air mata Hanis terus mengalir tanpa henti...dia merasakan walaupun dia di dalam kesusahan, ALLAH masih membantunya. Walaupun bantuan itu jika di pandangan orang lain tidak seberapa, tetapi bagi Hanis, ia adalah satu pertolongan dari ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hamba-NYA.
Dapatlah disimpulkan disini, setiap kesusahan atau setiap musibah yang diberikan ALLAH kepada hamba-NYA ada tersembunyi seribu macam hikmah yang begitu bemakna, dan mungkin juga ia tanpa kita sedari...
Oleh itu, dekatkanlah diri kita dengan ALLAH Taa’la didalam senang atau susah, agar ALLAH akan dekat dengan kita didalam suka atau duka.
No comments:
Post a Comment