Saturday, April 16, 2011

Hidup dan Mati ku hanya untuk ALLAH serta Islam


Firman ALLAH s.w.t di dalam Surah al-An'am ayat 162, yang bermaksud : "Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan seluruh alam"

Di dalam kita meneruskan perjalanan di dunia yang hanya seketika ini, adakah kita pernah memikirkan Firman ALLAH yang telah dinyatakan di atas ini? dan adakah kita betul-betul melakukannya hanya untuk ALLAH? Semak semula 'Iman' diri kita... Kita semua tahu bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara, seketika, sekejap dan tersangatlah sedikit usia kita di dunia ini, tetapi setelah itu kita mahu kemana? Syurga atau Neraka?! Amalan kita di dunia inilah penentunya.

Adakah amalan yang telah kita lakukan sudah mencukupi untuk kita bawa bertemu Yang Maha Pencipta? Adakah bekalan kita itu akan membantu di saat kita perlukan bantuan?

Dunia sekarang tidak lagi seperti dunia dahalu, dunia sekarang telah banyak menzalimi agama kita iaitu agama Islam. Adakah kita sebagai umat Islam hanya duduk berpeluk tubuh, hanya memerhatikan dari jauh, hanya tunggu Islam jatuh??!!!!! nauzubillahiminzalik...

Di mana kesedaran yang ada pada diri umat Islam...? Keluarkanlah nilai-nilai kesedaran itu...Marilah kita melakukan sesuatu perkara yang dapat menaikkan dan mengagungkan agama Islam...

Dahulu kita bercakap bahawa orang kafir yang ingin menjatuhkan Islam, tetapi sekarang ada segolongan umat Islam itu sendiri yang ingin menjatuhkan Islam. Adakah kita semua tahu akan perkara ini? atau... Adakah kita semua tahu akan perkara ini tetapi berpura-pura seperti tidak tahu dan tidak melakukan sesuatu??!!

Bangkitlah wahai umat Islam...!!!! Hulurkan tenagamu untuk agama kita yang tercinta ini... Kita tidak akan rugi walau sedikit pun, bahkan kita akan mendapat ganjaran yang telah di janjikan oleh ALLAH Taa'la.

"Barang siapa membantu agama ALLAH iaitu agama Islam, ALLAH akan membantunya kembali" ingatlah kata-kata ini.

Wallua'lam dan Salam Perjuangan.

Friday, January 21, 2011

Tidak Baik -kepada- BAIK?



Solehah seorang pelajar yang baru menjejakkkan kaki di sekolah menengah agama ditempatnya. Dia sememangnya dibesarkan dan dididik sedari kecil lagi di dalam kalangan keluarga yang amat mementingkan agama dan meletakkan Islam sebagai asas kehidupan. Minat yang mendalam untuk mempelajari ilmu agama diteruskan dan akhirnya dia berpeluang untuk mempelajarinya di sekolah menengah. Banyak perubahan yang berlaku keatas dirinya. Contohnya, dia sudah mula berjinak-jinak untuk memakai tudung labuh apabila keluar dari rumah, sebelum ini dia hanya memakai tudung segi labuh yang lerang 60 sahaja. Dia meneruskan pernutupan auratnya dan menyempurnakannya lagi, seperti memakai sarung kaki, sarung lengan, pakaian yang longgar dan tidak jarang.

Namun perubahan yang berlaku keatas dirinya itu tidak disenangi oleh segelintir kaum keluarga sebelah ibunya. Keluarga disebelah ibunya ini social sedikit, lebih mengikut kebaratan, tidak menghiraukan hukum hakam agama, tidak menjaga penutupan aurat, kurang menunaikan solat, bukan semua tetapi hanya segelintirnya sahaja, tetapi yang sedikit itulah yang membuatkan Solehah berat hati untuk pulang ke kampong. Dia pergi semata-mata kesiankan ibunya kerana itu kampong halaman ibunya, suka atau tidak dia mesti balik bersama juga.

Seorang sepupu Solehah yang seorang ini bernama Munirah selalu memerlinya sekiranya keluarga Solehah pulang bercuti ke kampong dengan kata-kata yang memang tidak enak di dengar. Contohnya, “Eleh, ‘bajet’ alim, warak la tu, padahal saja je nak tunjuk-tunjuk kat orang”, kata-kata Munirah itu disambut dengan hilai ketawa sepupunya yang lain. Ikutkan hati Solehah, mahu saja dia sumbatkan cilia api didalam mulut Munirah, sudahlah pakaiannya seksi, perangai buruk hati pula busuk, Solehah amat marah dan geram sekali.

Bukan setakat itu sahaja Solehah dan adik-adinya seperti ‘dipulaukan’ oleh mereka, pernah satu hari Munirah memakan ‘asam mempelam’ bersama sepupunya yang lain, dan kemudian Solehah dan adiknya datang untuk memakannya bersama-sama, tetapi Munirah terus bangun diikuti oleh sepupunya yang lain dan meninggalkan Solehah dengan adiknya dalam keadaan yang terpinga-pinga. Solehah sangat sedih, padahal dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Kejadian itu disedari oleh ayah Solehah. Dia memanggil Solehah untuk pergi bersiar-siar disekitar kampung sambil memberi nasihat yang amat bermakna buat Solehah.

“Along tahu tak, masa Nabi Muhammad dimaki, dicerca oleh orang kafir Nabi buat apa?” Ayah Solehah menanyakan soalan itu, sebenarnya Solehah tahu jawapanya, tetapi membiarkan ayahnya menjawab.

“ Nabi, tak marah pun kat orang kafir, tapi Nabi juga tak membiarkan mereka sesat, Nabi tetap membimbing mereka untuk mengikut segala perintah ALLAH serta meninggalkan segala larangannya.” Solehah cuba memahami bait-bait kata yang dikeluarkan oleh ayahnya.

“Along pun mesti pernah dengar cerita tentang seorang perempuan yang hasad dengki dengan Nabi kan? Perempuan tu suka menghalang perjalanan Nabi, contohnya dia meletakkan duri di laluan Nabi berjalan, meletakkan sampah dan sebagainya lagi semata-mata untuk membuat Nabi sakit hati, tapi satu hari Nabi tidak diganggu oleh wanita tersebut, Nabi hairan. Nabi pergi kerumahnya dan mendapati wanita itu sedang mengerang kesakitan. Jika kita sebagai manusia biasa mesti merasa puas hati dan bergembira dengan keadaan perempuan yang menderita kesakitan tu kan, “Padan muka, buat jahat kat orang lagi, tu lah akibatnya”, mesti kata-kata yang sedemikian yang akan keluar dari mulut kita, tetapi kemuliaan dan kemurahan hati Nabi Muhammad membiarkan dan mengendahkan serta melupakan segala perbuatan jahat yang telah dilakukan oleh perempuan itu, baginda menjaga dan merawatnya dan wanita itu memeluk agama Islam. Jadi pedoman yang ditunjukkan oleh Nabi itu, apalah salahnya kita mengikutinya, tak salah kan? Along, jika orang lain menaburkan bunga Tahi Ayam kepada kita, kita berikan pula bunga Ros kepada mereka.” Kata-kata ayahnya itu di ikuti dengan senyuman yang tersirat seribu satu makna.

Astrafirullahal a’zim...Kata-kata ayahnya itu disimpan rapi di lubuk hati Solehah. Dia sangat mengerti dan memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya itu. Sejak dari itu, Solehah cuba untuk mendekati Munirah walaupun Munirah banyak kali mengelakkan diri darinya. Solehah tidak menghiraukan segala hasad dengki yang cuba dilakukan oleh Munirah.

Walaupun akhlak dan peragai Munirah itu sangat buruk dipandangan orang lain, tetapi jauh disudut hati Solehah mengatakan yang Munirah akan berubah suatu hari nanti dan Solehah selalu mendoa’kannya.

Oleh kerana Solehah duduk di asrama, dia jarang pulang kampung bersama-sama keluarganya dan dia juga kurang tahu akan perkembangan semasa yang berlaku. Satu hari ayah Solehah mengajak mereka sekeluarga pulang ke kampong ibunya, walaupun berat kaki Solehah untuk melangkah kerana memikirkan Munirah yang pasti akan menyakitkan hatinya, tetapi kata-kata ayahnya itu dipegang dan dia akan cuba mengharunginya lagi.

Sebelum mereka keluar dari kereta, ayah Solehah memberitahu satu perkara.

“Along ada hadia untuk along kat dalam”

Solehah terpinga-pinga, ‘Hadiah apa yang di maksudkan oleh abah?’

Setelah mereka bersalam-salaman, Solehah duduk di suatu sudut. Dia memikirkan kata-kata ayahnya tadi. “Hadiah? Apa? Tak ada apa-apa pun..” sambil memandang keadaan sekeliling.

Tiba-tiba, tangannya di tarik oleh seseorang masuk ke dalam bilik yang berhampiran dengannya. Solehah terkejut yang teramat sangat kerana Munirah, sepupunya itu telah berubah 100%. Penampilan Munirah sangat berbeza dengan sebelum ini. Dia sekarang dihadapan Solehah, telah memakai jubah, tudung labuh, sarung kaki, sarung lengan dan sangat mencirikan wanita Islam!!!

“Along, akak minta maaf sebab selama ini akak banyak menyakitkan hati along, akak dengki dengan along, akak tak suka dengan cara pemakaian along, dan sebelum ini akak jauh dengan ALLAH!! Akak berdosa, akak banyak buat dosa...” tidak semena-mena air mata Solehah turut mengalir mendengar segala penjelasan dan segala penyesalan dari Munirah.

Ya ALLAH...ALHAMDULILLAH...terima kasih ya ALLAH...ini adalah ‘hadiah’ yang paling bermakna untuk ku..terima kasih ya ALLAH..

Solehah amat bersyukur sekali, dia tertanya-tanya mengapa Munirah boleh berubah secara mendadak begini. Munirah menceritakan segala-galanya. Dia sekarang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian Islam di kawasannya. Institut tersebut memang mementingkan prinsip-prinsip Islam. Pada mulanya Munirah ingin keluar dari institut tersebut, tetapi dia tidak tahu mengapa hatinya ingin tetap terus berada disitu.

Inilah kekuasaan ALLAH Taa’la, DIA akan memberikan hidayah dan petunjuk-NYA kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun sebelum ini Munirah seteruk-teruk manusia sekalipun tetapi dia bertaubat ALLAH pasti mengampunkan segala dosa-dosanya, kerana ALLAH itu Maha Penerima Taubat.

Kita juga harus ingat, ALLAH itu tidak melihat permulaan hamba-NYA, tetapi DIA melihat apa yang akan terjadi di pengakhiran hidupnya. Jadi, persoalanya disini, bilakah permulaan kita, dan bagaimanakah pengakhiran kita? Adakah apabila rumah kata pergi kubur kata mari? Atau adakah kita mahu menunggu usia sudah lanjut kerana memikirkan mati itu hanya untuk orang tua?

Maka fikir-fikirkanlah...

Tuesday, January 18, 2011

Suka @ Duka? ALLAH tetap bersama.


Assalamua’laikum semua, kali ini Nur ingin mempersembahkan satu cerita yang Nur perolehi dari sahabat baik Nur senderi. Nur sungguh merasa terharu apabila sahabat Nur ini menceritakannya kepada Nur. Diharapkan anda sekalian menghayatinya, dan fikir-fikirkanlah... Nama sahabat Nur ini Hanis. Bacalah sampai habis..

Satu petang Hanis datang kerumah Nur untuk mengadu apa yang dirasa dan apa yang dialaminya. “Nur, Hanis tak ada orang untuk mengadu, Hanis kesian dekat umi dan abi. Abi hari kerja dia kerja, hari minggu dia pergi menorah getah, semua itu dia buat demi keluarga dan anak-anaknya, abi rela berpenat lelah, rela disengat tebuan, dia sanggup menderita daripada melihat anak-ananknya sengsara, dia tidak sanggup melihat anak-anaknya tidak cukup makan, dia tidak sanggup melihat anak-anaknya tidak senang untuk belajar, dia berusaha sedaya mungkin untuk membahagiakan anak-anaknya, begitu juga dengan umi, dia sanggup berkerja sebagai ‘clearner’ disekolah anaknya sendiri untuk menambah pendapatan yang memang tidak cukup walaupun ditambah, dalam usia umi yang begitu, sepatutnya dia duduk dirumah manjaga makan pakai suami dan anak-anak, tetapi dia sanggup untuk melakukan semua itu tanpa bantahan, selepas penat berkerja, dia balik kerumah untuk menyediakan makanan untuk keluarganya pula,sungguh Hanis tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh umi dan abi, walaupun mereka tidak menyatakannya.....tetapi Hanis tahu mereka sungguh menderita....penderitaan mereka itu tidak diminta pembalasan pun, tetapi sebagai ibu dan ayah mereka hanya mahukan anak-anak merka BERJAYA dan bahagia serta mencapai apa yang diinginkan.” Hanis menahan sebak di dada. Nur tidak bercakap apa-apa, hanya mendengar dengan setia. Kemudian Hanis meneruskan cerita.

“Hanis ada menyimpan wang sebanyak RM 500 didalam bank abi, ianya adalah untuk menampung pembelanjaan Hanis di sem 2 ini sementara menunggu PTPTN, kerana jika wang itu masih berada di dalam akauan Hanis bimbang pula Hanis terguna wang itu, tetapi wang itu digunakan oleh abi untuk pembelanjaan adik-adik Hanis untuk mereka naik ketingkatan sekolah menengah, serta pembelanjaan Hanis juga, abi tak cakap yang abi menggunakanya tetapi Hanis tahu dan mengerti niat abi, Hanis rela walaupun Hanis disisni tidak cukup wang untuk makan, untuk bayar duit buku, Hanis rela. Pernah satu hari Hanis tidak makan seharian dari pagi sehinggalah ke petang, kerana Hanis tidak mempunyai sebarang wang waktu itu. Selepas kelas petang tu Hanis beritahu rakan-rakan yang Hanis mahu ke ATM untuk mengeluarkan wang, sedangkan Hanis sendiri tidak tahu samamda di dalam akaun Hanis masih mempunyai wang atau tidak. Ternyata, memnag tiada... didalam akaun Hanis hanya mempunyai RM 10, Hanis tidak boleh mengeluarkannya. Namun, tanpa Hanis sedari salah seorang kawan Hanis sudah lama berdiri dibelakang Hanis, dia tahu yang Hanis tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Dia menghulurkan sebungkus ‘Nasi Lemak Ayam Berempah’ kepada Hanis, dia betul-betul membuat hati Hanis sayu dan sebak, Hanis rasa nak menagis waktu itu juga, tapi Hanis tahan. Dia cakap dia belanja. Ya ALLAH....syukur Alhamdulillah didalam waktu Hanis susah, Hanis masih mempunyai rakan-rakan yang sanggup membantu...”

Kemudian air mata Hanis terus mengalir tanpa henti...dia merasakan walaupun dia di dalam kesusahan, ALLAH masih membantunya. Walaupun bantuan itu jika di pandangan orang lain tidak seberapa, tetapi bagi Hanis, ia adalah satu pertolongan dari ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hamba-NYA.

Dapatlah disimpulkan disini, setiap kesusahan atau setiap musibah yang diberikan ALLAH kepada hamba-NYA ada tersembunyi seribu macam hikmah yang begitu bemakna, dan mungkin juga ia tanpa kita sedari...

Oleh itu, dekatkanlah diri kita dengan ALLAH Taa’la didalam senang atau susah, agar ALLAH akan dekat dengan kita didalam suka atau duka.

Thursday, January 13, 2011

Alangkah Baiknya...


Assalamua’laikum...Alhamdulillah, kerana kita masih lagi dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Di disini Nur ingin kongsikan sedikit luahan hati dan juga sedikit pandangan Nur mengenai kehidupan kita pada zaman sekarang. Diharapkan para pembaca dapat menghayatinya dan memahami apa yang hendak Nur cuba sampaikan. Terimalah...:)

Sesuka mana pun kita kepada seseorang itu, janganlah kita mengingatinya melebihi kita mengingati ALLAH s.w.t. Seminat mana pun kita kepada seseorang itu, janganlah kita menyebut-nyebut namanya melebihi kita menyebut kalimah Asma’Allahulhusna...kerana sidia sekadar manusia yang dicipta oleh DIA yang Maha Mencipta.

Alangkah baiknya jika kita sentiasa mengingati kematian yang boleh mendekatkan diri kita dengan ALLAH, tetapi pada masa sekarang ini, berapa ramaikah manusia yang sibuk mencari dan mengejar harta dunia? Berapa ramaikah manusia yang ‘sibuk’ melakukan segala macam bentuk maksiat untuk memuaskan hawa nafsu mereka?

Alangkah baiknya jika kita sentiasa menunaikan solat lima waktu di surau atau masjid disetiap kali azan berkumandang, tetapi manusia masa kini? Jangankan solat di surau atau di masjid, di rumah mereka sendiri pun jarang sekali!!! ‘Kaki’ dan ‘hati’ mereka lebih suka menghabiskan waktu di disko, pusat hiburan dan bermacam-macam lagi tempat yang boleh memberikan ‘ketenangan’ jiwa kepada mereka, sedangkan surau atau masjid?! Seperti rumah yang tiada berpenghuni, dibiar usang dan kesepian.

Alangkah baiknya jika kita sentiasa membaca, menghayati dan memahami isi kandungan kitab suci al-Quran yang menjadi pengangan dan petunjuk kita, atau mempelajari ilmu-ilmu Hadis, ataupun ringankan langkah kita untuk meghadiri majlis-majlis ilmu yang bermanfaat kepada kita duniawi dan ukhrawi, tetapi umat Islam zaman ini?! Lebih berminat untuk ‘menghayati’ lagu-lagu yang mempunyai bait-bait kata tanpa makna, yang memuji pemudi dan memuja pemuda, yang boleh merosakkan akhlak dan juga minda. Mereka juga lebih ‘senang’ untuk menjejakkan kaki ke konsert-konsert yang sama sekali tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka dan tidak mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan didalam ajaran agama Islam yang mulia untuk Hiburan. Sebuah kumpulan nasyid Malaysia iaitu kumpulan Raihan pernah mendendangkan lagu mengenai hiburan, mereka menyatakan bahawa, “Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”.

Jadi, apakah yang telah kita lakukan untuk membela agama Islam kita? Musuh-musuhnya terdiri dalam kalangan umat Islam itu sendiri yang cuba hendak menjatuhkannya. Sifat dan perangai mereka saling tak tumpah dengan musuh yang utama menentang Islam, mereka ialah golongan kafir laknatullah!!! Mereka mempunyai ‘penyakit’ yang tidak boleh diubati oleh mana-mana ubat pun di muka bumi ini.

Bukalah mata, bukalah minda dan buatlah sesuatu perkara yang boleh menyelamatkan maruah agama Islam. Biarpun sedikit usaha yang kita lakukan, sekurang-kurangnya kita akan mendapat ‘saham’ yang berharga untuk bekalan diakhirat kelak. Insya-ALLAH...

Saturday, January 8, 2011

PaTaHaTi



KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

(cerdit to mabduh88)

GaZa..

Gaza...

Suatu masa dahulu sebuah negeri yang aman sentosa,

Kelihatan disana sekumpulan kanak-kanak yang sibuk bermain-main dengan riang gembira,

Sambil dierhatikan oleh ibu bapa mereka yang sedang duduk sambil berbicara,

Tetapi tanpa disedari, mereka sebenarnya sedang diperhatikan oleh sekumpulan manusia yang dahagakan darah dan juga cemburu buta,

Serta tidak layak sama sekali dipanggil manusia!,

Mereka tidak mengenal apa itu erti kemanusiaan,

Mereka tidak tahu apa itu makna kedamaian,

Mereka juga suka akan permusuhan,

Mereka adalah rejim zionis!!!


Mereka mengatur pelbagai strategi,

Untuk menghapuskan nyawa umat Islam di muka bumi ini,

Kehadiran mereka tanpa diduga,

Membawa seribu macam! Keganasan,

Tanpa mengenal tua atau muda,

Tanpa menggunakan sebarang senjata,

Tanpa menggunakan kemodenan yang ada,

Umat Islam hanya merempuh!!

Segala rintangan yang datang,

Tidak kira bom, pistol, senapang mahupun kereta kebal,

Mereka hanya bersenjatakan batu ditangan,

Berbekalkan keimanan,

Kerna percaya, ALLAH tetap bersama mereka,

Nyawa seorang ibu tidak lagi berharga,

Hidup mati seorang ayah senang lenang dipersenda,

Warga tua sering menjadi mangsa,

Tangisan anak kecil takut...akan suasana,

Ya ALLAH...

Astrafirullahala’zim...

Hanya KAU tempat kami meminta,

Hanya KAU yang ada,

Hanya KAU yang setia,

Hanya KAU dijiwa,

Tempat kami memanjatkan doa meluahkan rasa,


Nah umat Islam!!

Apakah tindakan kita disini untuk membantu saudara kita disana?!!

Mereka disana bernasikan tanah berlaukkan batu dan berulamkan pasir dijalan,

Sedangkan kita disini?!!

Bagaikan syurga dunia,

Petik jari, semua tersedia,

Marilah kita berpimpin tangan berganding bahu,

Kerana selagi nadi berdetik tidak berhenti,

Selagi saratulmaut belum menjemput kami,

Islam dihati, Islam disanubari,

Islam tiang yang kami pengangi, Kami julangi,

ALLAHUAKBAR!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...