Thursday, January 13, 2011

Alangkah Baiknya...


Assalamua’laikum...Alhamdulillah, kerana kita masih lagi dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Di disini Nur ingin kongsikan sedikit luahan hati dan juga sedikit pandangan Nur mengenai kehidupan kita pada zaman sekarang. Diharapkan para pembaca dapat menghayatinya dan memahami apa yang hendak Nur cuba sampaikan. Terimalah...:)

Sesuka mana pun kita kepada seseorang itu, janganlah kita mengingatinya melebihi kita mengingati ALLAH s.w.t. Seminat mana pun kita kepada seseorang itu, janganlah kita menyebut-nyebut namanya melebihi kita menyebut kalimah Asma’Allahulhusna...kerana sidia sekadar manusia yang dicipta oleh DIA yang Maha Mencipta.

Alangkah baiknya jika kita sentiasa mengingati kematian yang boleh mendekatkan diri kita dengan ALLAH, tetapi pada masa sekarang ini, berapa ramaikah manusia yang sibuk mencari dan mengejar harta dunia? Berapa ramaikah manusia yang ‘sibuk’ melakukan segala macam bentuk maksiat untuk memuaskan hawa nafsu mereka?

Alangkah baiknya jika kita sentiasa menunaikan solat lima waktu di surau atau masjid disetiap kali azan berkumandang, tetapi manusia masa kini? Jangankan solat di surau atau di masjid, di rumah mereka sendiri pun jarang sekali!!! ‘Kaki’ dan ‘hati’ mereka lebih suka menghabiskan waktu di disko, pusat hiburan dan bermacam-macam lagi tempat yang boleh memberikan ‘ketenangan’ jiwa kepada mereka, sedangkan surau atau masjid?! Seperti rumah yang tiada berpenghuni, dibiar usang dan kesepian.

Alangkah baiknya jika kita sentiasa membaca, menghayati dan memahami isi kandungan kitab suci al-Quran yang menjadi pengangan dan petunjuk kita, atau mempelajari ilmu-ilmu Hadis, ataupun ringankan langkah kita untuk meghadiri majlis-majlis ilmu yang bermanfaat kepada kita duniawi dan ukhrawi, tetapi umat Islam zaman ini?! Lebih berminat untuk ‘menghayati’ lagu-lagu yang mempunyai bait-bait kata tanpa makna, yang memuji pemudi dan memuja pemuda, yang boleh merosakkan akhlak dan juga minda. Mereka juga lebih ‘senang’ untuk menjejakkan kaki ke konsert-konsert yang sama sekali tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka dan tidak mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan didalam ajaran agama Islam yang mulia untuk Hiburan. Sebuah kumpulan nasyid Malaysia iaitu kumpulan Raihan pernah mendendangkan lagu mengenai hiburan, mereka menyatakan bahawa, “Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”.

Jadi, apakah yang telah kita lakukan untuk membela agama Islam kita? Musuh-musuhnya terdiri dalam kalangan umat Islam itu sendiri yang cuba hendak menjatuhkannya. Sifat dan perangai mereka saling tak tumpah dengan musuh yang utama menentang Islam, mereka ialah golongan kafir laknatullah!!! Mereka mempunyai ‘penyakit’ yang tidak boleh diubati oleh mana-mana ubat pun di muka bumi ini.

Bukalah mata, bukalah minda dan buatlah sesuatu perkara yang boleh menyelamatkan maruah agama Islam. Biarpun sedikit usaha yang kita lakukan, sekurang-kurangnya kita akan mendapat ‘saham’ yang berharga untuk bekalan diakhirat kelak. Insya-ALLAH...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...