
Solehah seorang pelajar yang baru menjejakkkan kaki di sekolah menengah agama ditempatnya. Dia sememangnya dibesarkan dan dididik sedari kecil lagi di dalam kalangan keluarga yang amat mementingkan agama dan meletakkan Islam sebagai asas kehidupan. Minat yang mendalam untuk mempelajari ilmu agama diteruskan dan akhirnya dia berpeluang untuk mempelajarinya di sekolah menengah. Banyak perubahan yang berlaku keatas dirinya. Contohnya, dia sudah mula berjinak-jinak untuk memakai tudung labuh apabila keluar dari rumah, sebelum ini dia hanya memakai tudung segi labuh yang lerang 60 sahaja. Dia meneruskan pernutupan auratnya dan menyempurnakannya lagi, seperti memakai sarung kaki, sarung lengan, pakaian yang longgar dan tidak jarang.
Namun perubahan yang berlaku keatas dirinya itu tidak disenangi oleh segelintir kaum keluarga sebelah ibunya. Keluarga disebelah ibunya ini social sedikit, lebih mengikut kebaratan, tidak menghiraukan hukum hakam agama, tidak menjaga penutupan aurat, kurang menunaikan solat, bukan semua tetapi hanya segelintirnya sahaja, tetapi yang sedikit itulah yang membuatkan Solehah berat hati untuk pulang ke kampong. Dia pergi semata-mata kesiankan ibunya kerana itu kampong halaman ibunya, suka atau tidak dia mesti balik bersama juga.
Seorang sepupu Solehah yang seorang ini bernama Munirah selalu memerlinya sekiranya keluarga Solehah pulang bercuti ke kampong dengan kata-kata yang memang tidak enak di dengar. Contohnya, “Eleh, ‘bajet’ alim, warak la tu, padahal saja je nak tunjuk-tunjuk kat orang”, kata-kata Munirah itu disambut dengan hilai ketawa sepupunya yang lain. Ikutkan hati Solehah, mahu saja dia sumbatkan cilia api didalam mulut Munirah, sudahlah pakaiannya seksi, perangai buruk hati pula busuk, Solehah amat marah dan geram sekali.
Bukan setakat itu sahaja Solehah dan adik-adinya seperti ‘dipulaukan’ oleh mereka, pernah satu hari Munirah memakan ‘asam mempelam’ bersama sepupunya yang lain, dan kemudian Solehah dan adiknya datang untuk memakannya bersama-sama, tetapi Munirah terus bangun diikuti oleh sepupunya yang lain dan meninggalkan Solehah dengan adiknya dalam keadaan yang terpinga-pinga. Solehah sangat sedih, padahal dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Kejadian itu disedari oleh ayah Solehah. Dia memanggil Solehah untuk pergi bersiar-siar disekitar kampung sambil memberi nasihat yang amat bermakna buat Solehah.
“Along tahu tak, masa Nabi Muhammad dimaki, dicerca oleh orang kafir Nabi buat apa?” Ayah Solehah menanyakan soalan itu, sebenarnya Solehah tahu jawapanya, tetapi membiarkan ayahnya menjawab.
“ Nabi, tak marah pun kat orang kafir, tapi Nabi juga tak membiarkan mereka sesat, Nabi tetap membimbing mereka untuk mengikut segala perintah ALLAH serta meninggalkan segala larangannya.” Solehah cuba memahami bait-bait kata yang dikeluarkan oleh ayahnya.
“Along pun mesti pernah dengar cerita tentang seorang perempuan yang hasad dengki dengan Nabi kan? Perempuan tu suka menghalang perjalanan Nabi, contohnya dia meletakkan duri di laluan Nabi berjalan, meletakkan sampah dan sebagainya lagi semata-mata untuk membuat Nabi sakit hati, tapi satu hari Nabi tidak diganggu oleh wanita tersebut, Nabi hairan. Nabi pergi kerumahnya dan mendapati wanita itu sedang mengerang kesakitan. Jika kita sebagai manusia biasa mesti merasa puas hati dan bergembira dengan keadaan perempuan yang menderita kesakitan tu kan, “Padan muka, buat jahat kat orang lagi, tu lah akibatnya”, mesti kata-kata yang sedemikian yang akan keluar dari mulut kita, tetapi kemuliaan dan kemurahan hati Nabi Muhammad membiarkan dan mengendahkan serta melupakan segala perbuatan jahat yang telah dilakukan oleh perempuan itu, baginda menjaga dan merawatnya dan wanita itu memeluk agama Islam. Jadi pedoman yang ditunjukkan oleh Nabi itu, apalah salahnya kita mengikutinya, tak salah kan? Along, jika orang lain menaburkan bunga Tahi Ayam kepada kita, kita berikan pula bunga Ros kepada mereka.” Kata-kata ayahnya itu di ikuti dengan senyuman yang tersirat seribu satu makna.
Astrafirullahal a’zim...Kata-kata ayahnya itu disimpan rapi di lubuk hati Solehah. Dia sangat mengerti dan memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya itu. Sejak dari itu, Solehah cuba untuk mendekati Munirah walaupun Munirah banyak kali mengelakkan diri darinya. Solehah tidak menghiraukan segala hasad dengki yang cuba dilakukan oleh Munirah.
Walaupun akhlak dan peragai Munirah itu sangat buruk dipandangan orang lain, tetapi jauh disudut hati Solehah mengatakan yang Munirah akan berubah suatu hari nanti dan Solehah selalu mendoa’kannya.
Oleh kerana Solehah duduk di asrama, dia jarang pulang kampung bersama-sama keluarganya dan dia juga kurang tahu akan perkembangan semasa yang berlaku. Satu hari ayah Solehah mengajak mereka sekeluarga pulang ke kampong ibunya, walaupun berat kaki Solehah untuk melangkah kerana memikirkan Munirah yang pasti akan menyakitkan hatinya, tetapi kata-kata ayahnya itu dipegang dan dia akan cuba mengharunginya lagi.
Sebelum mereka keluar dari kereta, ayah Solehah memberitahu satu perkara.
“Along ada hadia untuk along kat dalam”
Solehah terpinga-pinga, ‘Hadiah apa yang di maksudkan oleh abah?’
Setelah mereka bersalam-salaman, Solehah duduk di suatu sudut. Dia memikirkan kata-kata ayahnya tadi. “Hadiah? Apa? Tak ada apa-apa pun..” sambil memandang keadaan sekeliling.
Tiba-tiba, tangannya di tarik oleh seseorang masuk ke dalam bilik yang berhampiran dengannya. Solehah terkejut yang teramat sangat kerana Munirah, sepupunya itu telah berubah 100%. Penampilan Munirah sangat berbeza dengan sebelum ini. Dia sekarang dihadapan Solehah, telah memakai jubah, tudung labuh, sarung kaki, sarung lengan dan sangat mencirikan wanita Islam!!!
“Along, akak minta maaf sebab selama ini akak banyak menyakitkan hati along, akak dengki dengan along, akak tak suka dengan cara pemakaian along, dan sebelum ini akak jauh dengan ALLAH!! Akak berdosa, akak banyak buat dosa...” tidak semena-mena air mata Solehah turut mengalir mendengar segala penjelasan dan segala penyesalan dari Munirah.
Ya ALLAH...ALHAMDULILLAH...terima kasih ya ALLAH...ini adalah ‘hadiah’ yang paling bermakna untuk ku..terima kasih ya ALLAH..
Solehah amat bersyukur sekali, dia tertanya-tanya mengapa Munirah boleh berubah secara mendadak begini. Munirah menceritakan segala-galanya. Dia sekarang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian Islam di kawasannya. Institut tersebut memang mementingkan prinsip-prinsip Islam. Pada mulanya Munirah ingin keluar dari institut tersebut, tetapi dia tidak tahu mengapa hatinya ingin tetap terus berada disitu.
Inilah kekuasaan ALLAH Taa’la, DIA akan memberikan hidayah dan petunjuk-NYA kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun sebelum ini Munirah seteruk-teruk manusia sekalipun tetapi dia bertaubat ALLAH pasti mengampunkan segala dosa-dosanya, kerana ALLAH itu Maha Penerima Taubat.
Kita juga harus ingat, ALLAH itu tidak melihat permulaan hamba-NYA, tetapi DIA melihat apa yang akan terjadi di pengakhiran hidupnya. Jadi, persoalanya disini, bilakah permulaan kita, dan bagaimanakah pengakhiran kita? Adakah apabila rumah kata pergi kubur kata mari? Atau adakah kita mahu menunggu usia sudah lanjut kerana memikirkan mati itu hanya untuk orang tua?

Maka fikir-fikirkanlah...