Saturday, November 27, 2010

Sebagai Renungan...


Kadang ku terfikir, kenapa ALLAH menciptakan manusia ini pelbagai-bagai bentuk dan rupa serta peragai atau akhlak pun berbeza. Di atas muka bumi ini, terdapat berbilion-bilion ribu manusia yang tak terkira oleh kita, tetapi kenapa cap jari manusia itu pun berbeza? Cuba kita bayangkan sekiranya ALLAH jadikan semua manusia ini sama sahaja, tentulah kita tidak dapat bezakan yang mana lelaki dan yang mana perempuan, atau entah-entah tiada istilah lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan nama bagiseseorang manusia, jika semua manusia ini sama sahaja, tentulah susah bagi kita untuk membezakan yang mana 'Ahmad' satu dan yang mana 'Ahmad' dua kerana mukanya sama. Begitu jugalah dengan perangai atau akhlak manusia, jika ALLAH jadikan semua perangai manusia ini sama sahaja, maka sudah semestinya tidak seronoklah untuk manusia hidup diatas muka bumi ini...dan bagi cap jari pula, jika ALLAH jadikan semua manusia sama cap jarinya, maka sudah tentu pihak polis susah untuk menangkap penjenayah yang bersalah. Subhanallah, Maha Suci ALLAH... Inilah kekuasaan ALLAH yang tidak dapat ditandingi oleh manusia.
Sebesar-besar makhluk dan sekecil-kecil makhluk ALLAH Taa'la telah menjadikannya dengan sempurna dan tiada cacat celanya. Sehinggakan kuman yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar sekalipun ia tetap ALLAH jadikan dengan sebab-sebab yang tertentu. Semut yang kecil itu pun mempunyai jantung dan hati!!! Subhanallah, Maha Suci ALLAH... terdapat bermacam-macam lagi ciptaan ALLAH yang hebat-hebat dan terkadang tidak boleh dicapai oleh akal manusia...
Ku merasakan diri ini hanyalah hamba-Mu yang terlalu lemah dan hina. Yang selalu lupa akan-Mu Ya ALLAH...ku bukanlah hamba-Mu yang terbaik... Engkau bantulah ku Ya ALLAH...bantulah ku menuju jalan yang telah Engkau redhai dan jauhkanlah ku dari jalan orang-orang yang sesat.
Ya ALLAH ku mohon kepada-Mu agar Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa ku yang terdahulu, yang telah ku lakukan secara sengaja atau secara tidak sengaja, yang telah ku lakukan secara tersembunyi atau secara terang-terangan...ku bertaubat pada-Mu, ku tidak mahu lagi melakukan dosa-dosa tersebut taua dosa yang lain Ya ALLAH...Engkau jadikanlah taubatku ini sebenar-benarnya taubat (taubat nasuha)...Engkau ampunkanlah Ya ALLAH...sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan Yang Maha Penerima Taubat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...