
Sejenak kita harus berfikir....sesungguhnya kita adalah hamba yang telah banyak melakukan dosa dan kesilapan samada secara sengaja atau tidak, samada secara terang-terangan atau secara tersembunyi, samada secara langsung atau secara tidak langsung...
Kita juga tahu bahawa ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-NYa.
Tidakkah kita merasa malu kepada ALLAH kerana setiap kali kita melakukan dosa , setelah itu kita bertaubat, dan kita sedia maklum bahawa ALLAH itu Penerima Taubat, DIA pasti mengampunkan dosa kita sekiranya kita bertaubat, tetapi setelah itu kita melakukan semula dosa, samada dosa yang sama atau dosa yang lain, kemudian kita bertaubat lagi kepada ALLAH, dan ALLAH pasti akan menerima taubat kita, dan begitulah seterusnya.( harap pembaca faham akan apa yang dinyatakan)
Tidakkah kita berasa malu atas perbuatan kita sendiri? Tidakkah ini membuktikan bahawa ALLAH itu Maha Mengasihani hamba-hamba-NYA? Walaupun hamba-NYA melakukan dosa terhadap-NYA, DIA tetap memberikan kebahagiaan, kenikmatan, kesenangan dan segala macam lagi perkara yang baik untuk hamba-NYA.
Tetapi kita sebagai hamba, manusia seolah-olah tidak mensyukuri akan semua kenikmatan yang telah ALLAH kurniakan kepada kita. Kita hanya mengingati ALLAH apabila sakit, dalam kesusahan, dalam kesulitan serta bermacam lagi musibah yang melanda diri, barulah kita menyebut-nyebut nama-NYA.
Dikala waktu senang kita lupa kepada-NYA, kita tidak mengingatinya...kita dengan sewenang-wenangnya melakukan dosa seolah-olah ALLAH tidak melihat kita!!! Kita lebih takutkan ‘CC TV’ yang diletakkan dimerata tempat didunia ini daripada takutkan ‘CC TV’ ALLAH a’zawajalla yang Maha Hebat.
Pernahkah kita terfikir samada sesuatu perkara yang kita lakukan itu betul atau tidak? Mengikut garis panduan yang telah di tetapkan oleh ALLAH ataupun tidak? Pernahkah kita teringatkan ALLAH sewaktu kita melakuakn dosa?!!!
Mungkin kita mendapat segala macam kesenangan sewaktu hidup diatas muka bumu ini dengan melakukan kemaksiatan, tetapi ingatlah, dunia ini adalah tempat persinggahan sahaja, ada satu negara yang sedang menanti kita, yang kekal abadi.
Kita hidup di dunia yang fana ini, diibaratkan seoalah satu perjalanan yang panjang menuju akhirat, dan dunia ini tempat persinggahan untuk kita mengumpul segala amalan yang baik, dan mebawanya pulang untuk mendapat ganjaran yang besar dari ALLAH di akhirat kelak.
Dunia ini juga di ibaratkan ‘Neraka’ bagi orang-orang yang beriman, tetapi jangan bimbang...nimat ‘Syurga’ yang berpanjangan akan diperolehi di akhirat nanti.
Maka dengan itu lakukanlah segala yang telah ALLAH perintahkan dan tinggalkanlah segala larangan yang telah ALLAH tetapkan, supaya kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Wallahua’lam.